Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 Dan Selamat Tahun Baru 2009

Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009. Saya berdoa semuga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita semangat dan kekuatan baru untuk memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik. Saya juga berharap dengan perancangan yang teliti dan tekad yang baru, UMNO Bahagian Kota Raja akan membina kekuatan dan kerjasama baru dalam perjuangan. Salam.

Thursday, December 25, 2008

Program Ceramah "Peranan Ahli UMNO - Pemantapan Akar, Perkasakan Umbi" pada 22/12/2008








Program ceramah "Peranan Ahli UMNO - Pemantapan Akar, Perkasakan Umbi" oleh Dato' Nasir Safar (Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) anjuran Zon 9, JASA dan UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan pada 22hb Disember 2008 di Kem Bumi Jati, Kampung Jalan Kebun.

Ceramah yang pertama kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengisi kefahaman orang ramai terhadap perjuangan UMNO dan situasi politik semasa. Seramai 600 orang ahli telah hadir. Orang ramai yang hadir berpuas hati dan faham terhadap perlunya UMNO dipertahankan setelah banyak jasa dalam membangunkan negara dan meletakkan orang melayu berjaya. Dalam ucapannya, Dato' Nasir Safar juga turut mengariskan hala tuju dan halangan halangan parti UMNO dimasa akan datang.


Turut hadir Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin, Naib Ketua Pemuda, Mohd Hafiz Saribin, Setiausaha Bahagian, Che Azman Ismail, Ketua Penerangan Bahagian, Raduwan Idar, Ketua Zon 9, Moheyer Matsom, Mantan Ketua Bahagian, Dato' Amzah Umar dan Pegawai JASA Selangor.

Gambar2 Program Ceramah "Peranan Ahli UMNO - Pemantapan Akar, Perkasakan Umbi" pada 22/12/2008






Wednesday, December 24, 2008

Majlis Penyerahan Cek TEKUN Kawasan Kota Raja Kali ke 2 Bulan Disember 2008 pada 23/12/2008







Majlis penyerahan cek skim pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kawasan Parlimen Kota Raja kali ke 2 bulan Disember 2008 telah diadakan pada 23hb Disember 2008 di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Hj. Kamaruzzaman Johari.

Seramai tiga (3) orang usahawan Bumiputra telah berjaya mendapat pinjaman kali ini menjadikan jumlah seramai lapan (8) orang yang berjaya pada bulan Disember 2008 ini. Mereka adalah En. Kama Azudin Bin Kasim (Seksyen 28 - Perniagaan Dobi), En. Mohd Alias Bin Abd Majid (Seksyen 27 - Perniagaan Pengangkutan Bas) dan Pn. Fathiah Binti Puteh (Sri Sedeli - Gerai Makan). Semuga mereka berjaya mengembangkan perniagaan masing masing.

Tuesday, December 23, 2008

Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian mengejut Dato' Razali Ismail (Timbalan Menteri Pelajaran) pada 28hb November 2008 yang lalu. Pertandingan kali ini adalah sangat penting kepada Barisan Nasional (BN) kerana bukan sekadar mempertahankan kerusi Parlimen ini tetapi lebih daripada itu moral dan survival. Keputusan pilihanraya kecil ini akan berupaya mengukur sejauh mana rakyat khususnya di Kuala Terengganu menilai tradisi "Perjuangan Membela Rakyat" BN dan penerimaan terhadap parti UMNO.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah melantik YB Tuan Johan Bin Abd Aziz sebagai Ketua Penyelaras dan YB Tuan Abd Shukor Bin Idrus sebagai Timbalan Ketua. Senarai petugas tetap Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor adalah seperti berikut:

1) Bahagian Hulu Langat - Mengadang Akar
2) Bahagian Selayang - Bukit Kecil
3) Bahagian Kuala Langat - Gong Kapas
4) Bahagian Pandan - Panji Alam
5) Bahagian Subang - Jalan Kamaruddin
6) Bahagian Gombak - Berek Kerajaan

UMNO Bahagian Kota Raja akan menghantar rombongan membantu jentera UMNO Selangor pada hari penamaan pada 6hb Januari 2009 dan hari mengundi pada 17hb Januari 2009. Walaubagaimana pun, ahli ahli UMNO Bahagian Kota Raja yang ingin membantu bolehlah terus ketempat tempat yang disebutkan diatas. Hidup BN!

Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah Anjuran Pemuda MIC Bahagian Kota Raja pada 17/12/2008






Saya telah dijemput untuk menghadiri "Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah" anjuran Pemuda MIC Bahagian Kota Raja pada 17hb Disember 2008 di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, Klang. Majlis bagi menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada 500 orang murid di sekitar Parlimen Kota Raja telah diserikan dengan kehadiran Presiden Malaysian Indian Congress, Datuk Seri Dr. Samy Vellu.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua MIC Bahagian Kota Raja, Kamala Ghanapathy, Timbalan Ketua MIC Kota Raja, R.S Maniam, dan Ketua Pemuda MIC Kota Raja, M. Shanker Raj Ayanger.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda MIC Kota Raja, M. Shanker Raj Ayanger kerana telah berjaya mengadakan majlis penyampaian pakaian seragam sekolah ini dengan jayanya. Pemuda MIC Kota Raja dilihat mempelopori budaya membantu rakyat miskin yang memerlukan pembelaan dan bantuan pada setiap masa.

Saturday, December 13, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya dan ahli Pengurusan UMNO Bahagian Kota Raja mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Adha kepada semua umat Islam terutamanya pembaca blog ubkr.com.

Dihari yang mulia ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita. Marilah kita meneruskan amalan tolong menolong, ingat mengingati, bantu membantu dan berkorban untuk kesejahteraan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kita juga mendoakan agar kesejahteraan dan keselamatan jemaah haji Malaysia yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekkah sentiasa baik. Semuga mereka dapat menunaikan ibadah dengan dengan selesa dan selamat pulang ketanah air ke pangkuan keluarga.

Wednesday, December 10, 2008

Program Qurban UMNO Bahagian Kota Raja pada 8/12/2008


















Program Qurban UMNO Bahagian Kota Raja anjuran Biro Amal, Kebajikan & Sukan telah julung2 kali diadakan pada tahun 2008 ini. Program yang telah diadakan dirumah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja pada 4hb Disember 2008 ini adalah bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha. Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah diqurbankan pada program ini. Selain dapat menunaikan tuntuan penyembelihan binatang qurban dan pengagihan daging qurban, ianya juga telah dapat memupuk semangat silatulrahim dan tolong menolong diantara satu sama lain dalam menjayakan satu2 program.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari melahirkan rasa bangga dan terharunya diatas kemeriahan dan sambutan luar dugaan dengan kehadiran ramai ahli dari seluruh pelusok kampong, desa dan pinggir bandar. Diantara matlamat program ini adalah memberi fokus kepada mewujudkan sebuah komuniti UMNO yang sihat, bantu membantu serta menanamkan semangat baru dalam perjuangan UMNO. Beliau menegaskan bahawa program qurban ini akan diadakan pada setiap tahun dengan menambah bilangan binatang qurban dan tempat penyembelihan qurban diubah mengikut kawasan.
UMNO Bahagian Kota Raja pada tahun 2008 ini telah memperuntukan sejumlah 14 ekor lembu yang di bahagikan kepada 11 buah masjid diParlimen Kota Raja sempena Hari Raya Aidil Adha. Peruntukan tersebut telah memberi peluang kepada UMNO bahagian menamakan ketua2 UMNO cawangan disetiap DUN bagi sama sama menjalankan ibadah qurban.
Beliau juga berterima kasih kepada Pengurusan UMNO Bahagian, Pengerusi dan AJK Biro Amal, Kebajikan & Sukan dan semua yang hadir yang bertungkus lumus menjayakan program qurban pada hari itu. Seramai lebih 300 orang ahli telah hadir dan menerima 1 bungkusan daging qurban setiap seorang. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua, Abdul Raof Mokhtar, Naib Ketua Wanita, Hjh. Siti Hasdiah Kamso, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin.

Gambar2 Program Qurban UMNO Bahagian Kota Raja pada 8/12/2008
















Tuesday, December 9, 2008

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Kepada JKKKP dan Masjid2 di Parlimen Kota Raja pada 5/12/2008



























Majlis Penyerahan Lembu Qurban kepada JKKKP dan masjid2 Parlimen Kota Raja sempena Hari Raya Aidil Adha 1429H telah diadakan pada 5hb Disember 2008 di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja. Majlis yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari telah memberikan 11 ekor lembu kepada 11 buah masjid melalui JKKP.

Masjid yang terlibat ialah Masjid Kg. Bukit Lanchong, Masjid Proton, Masjid Taman Sri Muda, Masjid Bukit Naga, Masjid Jalan Kebun, Masjid Johan Setia, Masjid Telok Menegun, Masjid Dato' Dagang, Masjid Sungai Kandis, Surau Taman Sentosa dan Masjid Kg. Baru Hicom.

Dalam ucapan alu aluan, Ir. Kamaruzzaman Johari memberitahu bahawa program lembu qurban yang dianjurkan oleh Biro Amal, Kabajikan & Sukan, UMNO Bahagian Kota Raja ini ialah sebagai meneruskan amalan konsep penyembelihan dan pengagihan daging kepada umat Islam semata mata ikhlas kerana Allah dan mengikut sunat Rasulallah SAW.
UMNO Bahagian Kota Raja pada tahun 2008 ini telah memperuntukan sejumlah 14 ekor lembu untuk dibahag bahagikan kepada 11 buah masjid di Parlimen Kota Raja sempena Hari Raya Aidil Adha. Peruntukan tersebut telah memberi peluang kepada UMNO bahagian menamakan ketua2 UMNO cawangan disetiap DUN bagi sama sama menjalankan ibadah qurban.

Hadir sama Naib Ketua UMNO, Abdul Raof Mokhtar, Ketua Pergerakan Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Pergerakan Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Pengerusi Biro Amal, Kebajikan & Sukan, Hj. Masror Ehsan, Pengerusi JKKKP Kg. Baru Hicom, Ahmad Khusairi Salimin, Pengerusi JKKKP Kg. Bukit Naga, Hj. Abdullah Ansun, Pengerusi JKKKP Kg. Jalan Kebun, Mohd Rashidi Ali, Pengerusi JKKKP Kg. Johan Setia, Hj. Mat Ripen dan Pengerusi JKKKP Kg. Jawa, Mohd Harris Abdullah.

Saturday, December 6, 2008

Penyerahan Cek Pinjaman TEKUN Cawangan Parlimen Kota Raja Bulan Disember 2008 pada 4/12/2008














Majlis penyerahan cek skim pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kawasan Parlimen Kota Raja yang di adakan pada 4hb disember 2008 telah sempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari di pejabat beliau di Kota Kemuning.
Seramai lima (5) orang usahawan Bumiputra telah berjaya mendapat pinjaman pada bulan Disember ini. Mereka ialah Baharin Abd Wahab (Perniagaan Asas Ikan), Husni Abdullah (Perniagaan Menternak Ayam), Norizan Tamin (Perniagaan Rawatan Kesihatan), Rodzy Sham Mohd Akhir (Perniagaan Perkhidmatan Penghantaran) dan Kiroman Bakar (Perniagaan Gerai Makan).

Wednesday, December 3, 2008

Majlis Ramah Mesra EXCO Pergerakan Puteri Bersama Ketua Bahagian UMNO Kota Raja pada 2/12/2008
















Gambar2 Majlis Ramah Mesra EXCO Pergerakan Puteri Bersama Ketua Bahagian UMNO Kota Raja pada 2/12/2008
















Majlis Kesyukuran Dan Jasamu Di Kenang UMNO Bahagian Kota Raja pada 28/11/2008














Majlis Kesyukuran Dan Jasamu Di Kenang UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan diperkarangan rumah Tn. Hj. Kamal Ariffin Kainin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja pada 28/11/2008 yg lalu. Majlis ini yang bertujuan menghimpunkan kepimpinan lama dan baru UMNO Bahagian Kota Raja untuk menandakan kesyukuran ke atas keselamatan dan kelancaran perjalanan persidangan cawangan2 dan persidangan perwakilan bahagian yang baru lalu. Majlis ini juga diadakan bagi merakamkan penghargaan dan meraikan mantan AJK bahagian dan mantan ketua2 cawangan terutamanya kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Dato' Amzah Umar yang telah banyak memberi jasa dan bakti kepada parti dan masyarakat.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari dalam ucapannya berkata, "UMNO akan terus menjadi tunjang kepada kemajuan, pembangunan dan kejayaan bangsa Melayu di Malaysia. Walaupun parti ini memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Melayu, namun pada masa yang sama turut menjaga kesejahteraan kaum lain". Beliau menambah, UMNO Kota Raja akan mengubahsuai dan memperbaharui strategi, pendekatan dan program2 kerja terutamanya dalam aktiviti kemasyarakatan bagi mengambil balik kepercayaan rakyat.
Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai dan Ketua Puteri, Suhaila Dato' M.Zin.
Sebanyak 24 orang mantan AJK bahagian dan ketua2 cawangan telah hadir dan diberikan sijil penghargaan dan cenderahati. Mereka adalah, Dato' Amzah Umar (Ketua Bahagian), Dato' Mohd Karim Abdullah Omar (Bendahari Bahagian/Ketua Cawangan Sri Bakti), Che Mat Ibrahim (AJK), Mohamed Rashidi Ali (AJK/Ketua Cawangan Jalan Kebun Barat), Abdul Wahab Kasmuri (AJK/Ketua Cawangan Kota Kemuning), Misnan Ahmad (AJK), Jamsari Khamin (AJK/Ketua Cawangan Bukit Naga Barat), Khalid Omar (AJK), Zainal Hasaudin (AJK Bahagian), Hamidah Mustafa (AJK), F. Rohman Angilan (Ketua Cawangan Sri Gambut), Mohd Rizuwan Karso (Ketua Cawangan Bukit Sri Siantan), Mohd Shariffin Dalijo (Ketua UMNO Taman Megah), Mohd Hairi Pangat (Ketua Cawangan Jalan Kebun Tengah), Abdul Jabar Abd Majid (Ketua Cawangan Pandan Perdana), Mohd M.Maiden (Ketua Cawangan Kpg. Baru Jalan Kebun), Ahmad Zulkifli Tajul Urus (Ketua Cawangan Lanchong Jaya), Mohd Puad Suki (Ketua Cawangan Sri Kilat), Mohd Zulkifli Mohd Ali (Ketua Cawangan Batu Unjur), Hanif Mohd Yusof (Ketua Cawangan Kemuning Greenville), Burhanuddin Muhammad (Ketua Cawangan Putra Height) dan Samat Basiran (AJK).