Monday, March 23, 2009

Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2008

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja empat (4) badan ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2008. Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan mula bersidang pada 24/3/09 sebelah malam (perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak) sehinggalah 25/3/09. Pada 24/3/09 juga, pukul 3:30 ptg hingga 6:00 ptg akan diadakan Majlis Taklimat Presiden oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Aras 4, Dewan Merdeka, PWTC. Tiga belas (13) perwakilan bahagian pula, akan mula bersidang dari 26/3/09 hingga 28/3/09. Perwakilan Kota Raja telah disediakan jamuan makan tengahari dan petang setiap hari dari 25/3/09 hingga ke 28/3/09 di Dewan Tun Razak, Aras 3, PWTC. Tahun ini perwakilan Kota Raja tinggal di Hotel Impiana KLCC.

Perhimpunan Agong UMNO tahun ini juga amat menarik kerana persaingan yang hebat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden (1), Naib Presiden (3) dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (25). Jawatan Presiden UMNO untuk penggal 2008/2011 telah dimenangai tanpa bertanding oleh Datuk Seri Najib Abd Razak.

Kepada semua perwakilan 4 badan UMNO Bahagian Kota Raja, saya berharap dapat sentiasa menjaga nama baik bahagian dan berdoa sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selamat Bersidang. HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO!

Thursday, March 5, 2009

Program Turun Padang Zon 8 Dan Ceramah Perdana Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia pada 16/2/2009





















Majlis Turun Padang Zon 8 Dan Ceramah Perdana Oleh Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang telah diadakan di Kelab Golf Kota Permai pada 16 Februari 2009 telah mendapat sambutan yang sungguh hebat dari ahli2 UMNO Bahagian Kota Raja. Seramai lebih 500 orang telah memenuhi dewan persidangan. Sebelum itu hadirin telah dihidangkan dengan makan malam dan dihiburkan oleh kombo RTM dengan penyanyinya Ahmad Jais.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Zon 8, Datuk Abdul Razak yang telah dapat menganjurkan program pada malam itu dengan jayanya. Datuk Abdul Razak juga bertanggungjawab membawa Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Ahmad Shabery Cheek dan rombongan ke Parlimen Kota Raja.

Dato' Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya telah menerangkan berkenaan dengan politik semasa di Negeri Perak dan perlunya isntitusi Raja-Raja dipertahankan dan jangan cabar kontrak sosial.

Sebelum itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tn. Hj. Kamal Ariffin Kainin yang mewakili Ketua UMNO Bahagian dalam ucapannya telah memberi penerangan berkenaan dengan UMNO Bahagian Kota Raja dan Pelan Tindakan Tahun 2009. Ketua UMNO Bahagian tidak dapat hadir kerana mengikuti rombongan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ke Jakarta dalam aturcara forum G to G Indonesia-Malaysia.

Turut hadir Ketua Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin, Setiausaha Bahagian, Che Azman Ismail, Ketua Penerangan, Raduwan Idar dan Bendahari Bahagian, Dato' Rosli Mohd Amin.