Thursday, March 5, 2009

Program Turun Padang Zon 8 Dan Ceramah Perdana Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia pada 16/2/2009





















Majlis Turun Padang Zon 8 Dan Ceramah Perdana Oleh Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang telah diadakan di Kelab Golf Kota Permai pada 16 Februari 2009 telah mendapat sambutan yang sungguh hebat dari ahli2 UMNO Bahagian Kota Raja. Seramai lebih 500 orang telah memenuhi dewan persidangan. Sebelum itu hadirin telah dihidangkan dengan makan malam dan dihiburkan oleh kombo RTM dengan penyanyinya Ahmad Jais.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Zon 8, Datuk Abdul Razak yang telah dapat menganjurkan program pada malam itu dengan jayanya. Datuk Abdul Razak juga bertanggungjawab membawa Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Ahmad Shabery Cheek dan rombongan ke Parlimen Kota Raja.

Dato' Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya telah menerangkan berkenaan dengan politik semasa di Negeri Perak dan perlunya isntitusi Raja-Raja dipertahankan dan jangan cabar kontrak sosial.

Sebelum itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tn. Hj. Kamal Ariffin Kainin yang mewakili Ketua UMNO Bahagian dalam ucapannya telah memberi penerangan berkenaan dengan UMNO Bahagian Kota Raja dan Pelan Tindakan Tahun 2009. Ketua UMNO Bahagian tidak dapat hadir kerana mengikuti rombongan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ke Jakarta dalam aturcara forum G to G Indonesia-Malaysia.

Turut hadir Ketua Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin, Setiausaha Bahagian, Che Azman Ismail, Ketua Penerangan, Raduwan Idar dan Bendahari Bahagian, Dato' Rosli Mohd Amin.

No comments: