Sunday, February 22, 2009

Majlis Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baru Cina 2009 Anjuran MCA Kota Raja pada 8/2/2009





















Walaupun keadaan ekonomi yang kurang memuaskan, penganjuran majlis tumah terbuka Tahun Baru Cina tetap diadakan secara sederhana tetapi meriah disana sini termasuklah ditempat kita. Majlis Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baru Cina 2009 anjuran MCA Bahagian Kota Raja telah diadakan dengan meriahnya di Dewan MPK, Taman Sentosa, Klang pada 8/2/2009 yang lalu. Tahniah kepada Lim Kim Hwi dan semua barisan AJK MCA Kota Raja yang berjaya menganjurkan majlis ini.

Dalam ucapannya, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari menegaskan bahawa dengan mengadakan rumah terbuka seperti ini, orang ramai yang hadir dari semua bangsa dapat berkenal kenalan diantara satu sama lain, merapatkan silaturahim dan memahami adat budaya satu sama lain. "Ini adalah salah satu pendekatan kita untuk mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum. Setiap tahun kita adakan sambutan rumah terbuka, Hari Raya untuk orang Melayu, Tahun Baru Cina untuk orang Cina, Deepavali untuk orang India dan Christmas untuk orang Kristian. Kita perlukan perpaduan, kekuatan, sikap bersatu dan satu hati bagi memastikan negara dapat terus dibangunkan, ekonomi dapat ditingkatkan dan keselamatan negara dan rakyat terjamin."

Ir. Kamaruzzaman seterusnya menegaskan bahawa rakyat perlu kembali menyokong kerajaan Barisan Nasioanal yang sentiasa terbuka dan memikirkan kesejahteraan semua kaum. Berkenaan dengan situasi ekonomi global yang tidak memberangsangkan ketika ini, beliau yakin terhadap kerajaan BN yang mempunyai pengalaman akan dapat menangani krisis ekonomi dinegara kita ini. "Ramai orang yang tidak senang dan susah hati kerana memikirkan apa yang akan berlaku. Kita kena mula berjimat, kena ubah life style kita, berjimat dan berbelanja hanya yang perlu".

Majlis diserikan dengan tarian naga, sumbangan wang dan hamper kepada warga emas dan hiburan nyanyian.

Turut hadir, YB Senator Dato' Wong, Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Selangor merangkap Bendahari Agong MCA pusat, Ketua-ketua MCA Bahagian Negeri Selangor, Lim Kim Hwi, Pengerusi MCA Bahagian Kota Raja, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda, MCA Kota Raja Tn. Hj. Kamal Ariffin Kainin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, dan R.S Maniam, Timbalan Pengerusi MIC Kota Raja.

No comments: