Friday, February 13, 2009

Program Ramah Mesra Dan Penyerahan Peruntukan Kepada SJK & SMJK Cina dan SJK Tamil Parlimen Kota Raja pada 12/2/09





















Program Ramah Mesra Dan Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan & Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di kawasan Parlimen Kota Raja telah diadakan pada hari Khamis 12 Februari 2009 di Kelab Golf Kota Permai, Kota Kemuning, Shah Alam. Sebanyak lima (5) buah sekolah Cina dan empat (4) buah sekolah Tamil iaitu SJK (C) Perempuan Klang, SJK (C) Khe Beng Klang, SJK (C) Chung Hwa Kota Kemuning, SMJK (C) (Persendirian) Chung Hwa Klang, SMJK (C) Chung Hua Klang, SJK (T) Simpang Lima, SJK (T) Ladang Batu Empat, SJK (T) Ladang Emerald dan SJK (T) Ladang Highland mendapat sumbangan pendidikan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ribu setiap sekolah. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN, Parlimen Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.

Di dalam ucapannya, Ir. Kamaruzzaman Johari berkata, dengan sumbangan itu pihak sekolah akan dapat menjalankan pelbagai aktiviti dan menambah prasarana sekolah demi menarik minat pelajar untuk belajar bersungguh sungguh. "Matlamat kita ialah membangunkan minda pelajar yang kritis, kretif dan inovatif serta dapat memajukan mereka dalam persaingan dunia yang semakin mencabar kini. "Pendidikan juga berperanan besar dalam merealisasikan program integrasi nasional dikalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.", katanya.

Sumbangan ini juga menunjukan keperihatian Kerajaan BN dalam meningkatkan mutu pembelajaran dan secara langsung menaikkan motivasi tenaga pengajar serta pelajar dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan.

Program ini juga telah dapat dijadikan medan memperkenalkan diri diantara satu sama lain. "Jemputlah saya dalam apa juga program yang dijalankan disekolah, supaya pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar dapat mengenali saya.", tegas Ir. Kamaruzzaman Johari.

Turut hadir Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Wanita, Nahar Ahmad. Ketua Puteri, Suhaila M.Zin, Ketua MCA Kota Raja, Lim Kim Hwi, Ketua MIC Kota Raja, Kamala Ghanapathy, Ketua Gerakan Kota Raja, Yap Beng Lock, Pengetua dan Guru Besar, Pengerusi Lembanga Sekolah Cina dan Pengerusi PIBG sekolah Cina dan Tamil.

No comments: