Friday, January 9, 2009

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu pada 6/1/2009

Proses penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) P.036 Kuala Terengganu pada 6/1/2009 berlangsung dalam suasana tenang dihadapan lebih 20,000 penyokong BN dan PAS yang berarak mengiring calon masing masing ke pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Dalam proses penamaan calon itu, tiga calon telah disahkan bertanding iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat (Bebas).

Saya bersama Timbalan Ketua Bahagian, Kamal Ariffin Kainin, Bendahari Bahagian, Dato' Rosli Mohd Amin, Ketua Pergerakan Wanita, Nahar Ahmad dan Ketua Pergerakan Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai dengan diiringi 16 AJK bahagian, EXCO Wanita, EXCO Pemuda dan dua buah bas pemuda telah bertolak ke Kuala Terengganu pada 5/1/2009 untuk bersama sama memberikan semangat dan sokongan kepada calon BN. Didalam proses ini kami berpeluang bersama berarak mengiringi calon kepusat penaman calon, berjumpa petugas di Rumah Selangor dan Rumah Wanita Selangor dan bertolak balik pada 7/1/2009.

Pada pandangan saya, yang tiga hari berada disana, Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi PRK ini dilihat dari pergerakan jentera kempen yang lancar, bersemangat dan bersedia sepenuhnya, selain sokongan padu dan maklum balas baik daripada pengundi.

Memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas penamaan calon, wakil rakyat BN adalah yang terbaik kerana terbukti kemampuan mereka membela rakyat. "Ini soal pengundi Kuala Terengganu pilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat dengan berkesan, dengan sebaik baiknya untuk kepentingan mereka".

No comments: