Saturday, January 31, 2009

Program Penyerahan Sumbangan Sekolah Kepada Pelajar Miskin, Anak Yatim dan OKU Parlimen Kota Raja pada 24/1/09



Bantuan bag sekolah, kupon barangan "Bata" dan sumbangan duit sekolah telah diberikan kepada 250 orang pelajar miskin, anak yatim dan OKU Parlimen Kota Raja pada 24 Januari 2009 yang lalu bertempat di Taman Nakhoda Yusof, Kampung Jawa, Klang. Bantuan anjuran Biro Sosial, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja bertujuan untuk meringankan beban keluarga miskin memulakan sessi persekolahan tahun 2009.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Pergerakan Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Naib Ketua Pergerakan Wanita, Pn. Hjh. siti Hasdiah Kamso, dan Ketua Pergerakan Puteri, Pn. Suhaila M.Zin. Saya tidak dapat hadir kerana ada perkara yang tak dapat dielakan.

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda yang perihatin kepada tanggungung jawab sosial membantu pelajar yang kurang mampu dan kurang bernasib baik demi memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Monday, January 26, 2009

Selamat Tahun Baru Cina 2009

Saya dan semua barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Chai kepada semua rakan2 berbangsa Cina. Semuga dengan kedatangan tahun "Lembu" ini, kita mampu berubah kearah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Al-Fatihah. Hashim b. Muhammad Jalal 1935-2009

Marilah sama sama kita bersedekah Al Fatihah kepada Allahyarham Hashim b. Muhamad Jalal, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Bukit Sri Andalas yang telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua pada hari semalam 25 Januari 2009 (Ahad) dan selamat dikebumikan pada pagi ini 26 Januari 2009 (Isnin) di Tanah Perkuburan Islam, Sri Andalas, Klang. Pemergian beliau adalah kehilangan yang besar kepada perjuangan UMNO terutamanya di Bahagian Kota Raja. Beliau yang disenangi dengan panggilan Cikgu Hashim amat terkenal dikalangan penduduk Klang dan sekitarnya sebagai seorang pendidik yang berdidikasi. Beliau juga menjadi pengimbang dan rujukan kepada UMNO Cawangan Bukit Sri Andalas dan disegani kerana ketegasan dan keberaniannya memeperjuangankan hak orang Melayu. Beliau menjadi Pengerusi Tetap cawangan hinggalah keakhir hayat beliau. Tinggal kenangan Cikgu Hashim 1939 - 2009. Al Fatihah.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja Kali Ke 2 Sessi 2008/2011 pada 23/1/2009


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja Kali Ke 2 Sessi 2008/20011 telah diadakan pada 23 Januari 2009 di bilik mesyuarat UBKR, Kota Kemuning. Seramai 34 daripada 36 orang AJK telah hadir. Diantara agenda penting mesyuarat kali ini ialah meluluskan Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja. Pelan tindakan ini akan diserahkan kepada semua Ketua2 Cawangan dan Ketua Pergerakan untuk diguna pakai sebagai pelan aktiviti 2009. Ianya akan diserahkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Senator Muhammad Muhd Taib pada satu program makan malam pada 30 Januari 2009 di Kelab Golf Kota Permai.

Sunday, January 25, 2009

Bercuti Di Shenzen dan Zhuhai, China






Saya dan isteri bersama rakan2 berpeluang bercuti ke Shenzhen dan Zhuhai di China selama 4 hari dari 18/1/2009 (Ahad) hingga 21/1/2009 (Rabu). Shenzen dan Zhuhai adalah dua buah bandar moden di sebelah barat negeri China. Saya dan isteri berpeluang membeli banyak pakaian dan accessories anak2 dengan harga yang sangat murah dan qualiti yang memuaskan. Banyak tempat2 menarik dan berpandangan indah yang kami lawati. Cuaca disana agak sejuk iaitu disekitar 16 degree C, angin yang bertiup kencang pada waktu malam menambah kesejukan. Ada restoren makanan muslim dan makanan laut yang enak menjadi tempat kami menjamu selera sepanjang disana. Overall, saya dan isteri serta rakan2 gembira dan dapat merelaxkan minda sepanjang percutian ini.

Thursday, January 15, 2009

Program Taklimat Dan Penerangan Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja pada 11/1/2009








Tahniah kepada Sdra. Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Pergerakan Pemuda yang telah menganjurkan Program Taklimat Dan Penerangan Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja yang diadakan di Bougainvilla Resort, Port Dickson pada 10 dan 11 Januari 2009 yang lalu. Program yang dihadiri oleh 50 ketua ketua pemuda UMNO cawangan dalam Bahagian Kota Raja itu bertujuan untuk merapatkan ikatan tali silaturahim dan semangat berpasukan dalam pemuda disamping taklimat dan penerangan mengenai halatuju dan agenda pemuda.

Selain daripada Nur Azman, program ini telah dikendalikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda, Wan Khalid Abdullah, Penolong Bendahari Pemuda, Ahmad Effendy Jemaat dan Ketua Penerangan Pemuda, Mohd Idris Tormudi.

Saya yang diberi peluang untuk merasmi penutup program ini pada 11 Januari 2009 merasa gembira dengan semangat yang ditunjukkan pemuda dan berharap penuh supaya semangat yang tinggi ini menjadi permulaan yang baik kepada pembaharuan yang hendak dibuat bersama2 Bahagian, Pergerakan Wanita dan Puteri untuk membina kekuatan dan kerjasama baru dalam perjuangan. Turut hadir dimajlis perasmian penutup ini ialah, Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar dan Ketua Penerangan, Hj. Raduwan Idar. Hidup UMNO! Hidup Melayu!

Friday, January 9, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Jalan Kebun Pada 8/1/2009











Satu lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Jalan Kebun telah diadakan pada 8/1/2009 anjuran Biro Pertanian, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, UMNO Bahagian Kota Raja.

Seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian. Peserta telah didedahkan kepada isu isu pertanian, penemuan dan penyelidikan pertanian negara khusus kepada hasil penemuan pengeluaran bahan tanaman pisang secara Kultur Tisu, lawatan dan jualan benih tanaman. Diantara tempat tempat yang dilawati distesen MARDI Jalan Kebun ini ialah, pusat pentadbiran, pusat pengeluaran benih tanaman pisang secara kultur tisu, pusat semaian dan pusat pameran produk rakan niaga MARDI.

Peserta juga di beri taklimat mengenai "Pemindahan dan Pengomersilan Teknologi Pertanian" dan "Pengeluaran Bahan Tanaman Pisang Secara Kultur Tisu" oleh Pengarah MARDI Negeri Selangor, Dr. Zainal Abidin dan Pengawai Unit Pengeluar Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Tanaman, Pn. Jaliyah Abu Bakar.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi Biro, En. Moheyer Matsum yang telah berjaya menganjurkan lawatan ini. Turut hadir Bendahari bahagian, Dato' Rosli Mohd Amin, Ketua Pergerakan Puteri, Suhaila M.Zin, Naib Puteri, Farahin Mohd Jamil, Pengerusi Biro, Moheyer Matsum, Timbalan Pengerusi, Wan Azian Wan Bakar dan Setiausaha Biro, Hashim Abdullah Gusti, AJK Bahagian, Harun Omar dan Kamaruddin Alias.

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu pada 6/1/2009

Proses penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) P.036 Kuala Terengganu pada 6/1/2009 berlangsung dalam suasana tenang dihadapan lebih 20,000 penyokong BN dan PAS yang berarak mengiring calon masing masing ke pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Dalam proses penamaan calon itu, tiga calon telah disahkan bertanding iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat (Bebas).

Saya bersama Timbalan Ketua Bahagian, Kamal Ariffin Kainin, Bendahari Bahagian, Dato' Rosli Mohd Amin, Ketua Pergerakan Wanita, Nahar Ahmad dan Ketua Pergerakan Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai dengan diiringi 16 AJK bahagian, EXCO Wanita, EXCO Pemuda dan dua buah bas pemuda telah bertolak ke Kuala Terengganu pada 5/1/2009 untuk bersama sama memberikan semangat dan sokongan kepada calon BN. Didalam proses ini kami berpeluang bersama berarak mengiringi calon kepusat penaman calon, berjumpa petugas di Rumah Selangor dan Rumah Wanita Selangor dan bertolak balik pada 7/1/2009.

Pada pandangan saya, yang tiga hari berada disana, Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi PRK ini dilihat dari pergerakan jentera kempen yang lancar, bersemangat dan bersedia sepenuhnya, selain sokongan padu dan maklum balas baik daripada pengundi.

Memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas penamaan calon, wakil rakyat BN adalah yang terbaik kerana terbukti kemampuan mereka membela rakyat. "Ini soal pengundi Kuala Terengganu pilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat dengan berkesan, dengan sebaik baiknya untuk kepentingan mereka".

Thursday, January 1, 2009

Bengkel Pelan Tindakan UMNO Bahagian Kota Raja 2009 Pada 31/12/2008

















Bengkel Pelan Tindakan UMNO Bahagian Kota Raja untuk tahun 2009 telah diadakan pada 31/12/2008 di Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan kecuali Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan yang masih bercuti.

Pelan Tindakan ini mengariskan misi merencanakan perancangan yang teliti kearah membina kekuatan dan kerjasama baru dalam perjuangan UMNO Bahagian Kota Raja. Ianya terdiri daripada 2 bahagian, iaitu "Standard Operating Procedure (SOP)" mengenai pentadbiran bahagian dan kalender aktiviti 2009. Ianya juga mengariskan bidang tugas biro dan pentadbiran zon.

Pelan Tindakan ini telah dibincangkan dan dipersetujui untuk diguna pakai sebagai asas dan panduan gerak kerja bahagian dan cawangan. Ianya akan diedarkan kepada cawangan cawangan di majlis perjumpaan dan makan malam bersama ketua cawangan pada 30/1/2009 nanti.

Mesyuarat Pengurusan UMNO Bahagian Kota Raja Kali Pertama Penggal 2008-2011 pada 31/12/2008



Mesyuarat Pengurusan UMNO Bahagian Kota Raja kali Pertama Penggal 2008-2011 telah diadakan pada 31/12/2008 di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. Diantara agenda mesyuarat ialah memperkenalkan Ahli Jawatankuasa pengurusan yang baru, gerak kerja pilihanraya kecil Kuala Terengganu, isu pentadbiran bahagian, isu Datuk Zahar Hashim (bekas Ketua Bahagian PJS) menyertai PAS dan pelan aktiviti 2009.

Jawatankuasa Pengurusan Dan Politik UMNO Bahagian Kota Raja terdiri daripada Ketua Bahagian, Ir. Hj. Kamaruzzaman Johari, Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin, Setiausaha, Che Azman Ismail, Bendahari, Dato' Rosli Mohd Amin, Ketua Penerangan, Raduwan Idar, Pengerusi2 Biro, Hasshim Abd Karim, Hj. Mohd Masror Ehsan, Hanipah Ishak, Syed Syarapuddin Syed Yahaya, Saihudin Mohamed Ibrahim, Moheyer Matsom dan Nasjaruddin Abd Kadir.