Friday, November 28, 2008

Pejabat Pentadbiran UMNO Bahagian Kota Raja















Pejabat Pentadbiran UMNO Bahagian Kota Raja telah pun menjalani kerja kerja pengubahsuaian di tingkat 1 & 2 dan telah pun siap sepenuhnya. Pengubahsuaian ini telah melibatkan menurunkan kakitangan pentadbiran dari tingkat 2 ke tingkat 1, yang juga menempatkan bilik Ketua Bahagian dan bilik mesyuarat. Kakitangan yang terlibat adalah Mohd Ali b. Latif (Setiausaha Kerja), Hisshamuddin b. Kassim (PPP), Shahdan b. Haron (Pembantu Am) dan Nurul Azmiera bt. Zainal (Kerani).
Tingkat 2 pula menempatkan bilik Timbalan Ketua, bilik Naib Ketua Bahagian, bilik Pergerakan Wanita, bilik Pergerakan Pemuda, bilik Pergerakan Puteri, Surau & bilik Stor dan pejabat TEKUN Nasional Parlimen Kota Raja.
Selain itu, pengubahsuaian ini juga telah menambah baik sistem keselamatan pejabat dengan pemasangan sistem CCTV dan kekunci keselamatan pin pad di pintu masuk pejabat. No. keselamatan pin pad ini bolehlah didapati dari pejabat UMNO Bahagian.
Alamat penuh dan no. telefon pejabat adalah seperti berikut:
UMNO Bahagian Kota Raja
No. 8, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q
Kota Kemuning, Seksyen 31
40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-51226060, Fax: 03-51246060

Wednesday, November 12, 2008

Gambar2 Program Nur Sejahtera MPWK Kota Raja pada 8/11/2008













Gambar Gambar Program Nur Sejahtera MPWK Kota Raja pada 8/11/2008


Program Nur Sejahtera anjuran MPWK Kota Raja















Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga (MPWK) kawasan Kota Raja, Komuniti Bistari dan Klinik Kesihatan Jalan Kebun telah menganjurkan Program Nur Sejahtera bertempat di Klinik Kesihatan Jalan Kebun pada hari Sabtu, 8hb November 2008 dari pukul 9:00 pagi hingga 2:00 petang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silatul rahim sesama masyarakat setempat disamping memberi kesedaran berkenaan aspek penjagaan kesihatan dan khidmat nasihat kepada peserta berkenaan dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser payu dara dan kanser pangkal rahim. Selain daripada pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan juga diadakan. Program kesihatan bertemakan 'Motivasi Kekeluargaan Dalam Menjana Kesihatan' ini telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tuan Ir. Kamaruzzaman Johari.

Gambar2 Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 4)













Gambar Gambar Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 4)


Gambar2 Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 3)














Gambar Gambar Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 3)

Tuesday, November 11, 2008

Gambar2 Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 2)













Gambar Gambar Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 2)


Gambar2 Persidangan Perwakilan UMNO Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 1)














Gambar Gambar Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja pada 2/11/2008 (Part 1)

Monday, November 10, 2008

Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja

Alhamdulillah, Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja telah selamat diadakan pada 2hb November 2008 di Kelab Golf Kota Permai, Kota Kemuning, Shah Alam bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir pada pukul 5:00 petang tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Persidangan itu telah di rasmikan oleh mantan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Amzah Umar. Persidangan yang dihadiri seramai 373 orang perwakilan telah memilih pegawai dan ahli jawatankuasa bagi sessi 2008-2011 seperti berikut:

Pengerusi Tetap - Dato' Abu Sujak b. Mahmud
Timbalan Pengerusi Tetap - Ahmad b. Sarju
Ketua - Ir. Kamaruzzaman b. Johari
Timbalan - Kamal Ariffin b. Kainin
Naib - Mohd Abdul Raof b. Mokhtar
Ketua Wanita - Nahar bt. Ahmad
Ketua Pemuda - Nur Azman b. Anuarul Perai
Ketua Puteri - Suhaila bt. M.Zin

Ahli Jawatankuasa
- Harun b. Omar
- Nasjaruddin b. Abd Kadir
- Hanipah b. Ishak
- Baharuddin b. Nor
- Saihuddin b. Mohamed Ibrahim
- Syed Sarapuddin b. Syed Yahaya
- Ab. Rahman b. Nordin
- Moheyer b. Mat Sum
- Wan Azian b. Wan Bakar
- Abu Hassan Ashaari b. Abas
- Safuan b. Aman
- Wahid b. Abd Rahman
- Datuk Abdul Razak b. Dawood Sultan
- Hasshim b. Abdul Karim
- Zulkifli b. Adnan
- Amir Zaman b. Othman
- Kamaruddin b. Alias
- Masror b. Ehsan
- Hashim b. Abdullah Gusti
- Mohd Desa b. Saidin
Pemeriksa Kira Kira
- Brahin b. Zakaria
- Nazri b. Ahmad

Friday, November 7, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt...
Selamat datang kelaman blog saya. Disini saudara/saudari akan mengenali saya dan kerja saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan UMNO Bahagian Kota Raja. Saya akan memaparkan diari mengenai temujanji dan aktiviti aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Tulisan yang disiarkan adalah pandangan dan kreativiti peribadi saya. Sekiranya, saudara/saudari mempunyai pandangan atau pendapat tentang bagaimana kita semua dapat mengambil berat antara satu sama lain, sila hubungi saya. Saya harap ubkr.blogspot.com akan menjadi rujukan yang berguna bagi sesiapa yang berminat. Sekian terima kasih.