Wednesday, November 12, 2008

Program Nur Sejahtera anjuran MPWK Kota Raja















Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga (MPWK) kawasan Kota Raja, Komuniti Bistari dan Klinik Kesihatan Jalan Kebun telah menganjurkan Program Nur Sejahtera bertempat di Klinik Kesihatan Jalan Kebun pada hari Sabtu, 8hb November 2008 dari pukul 9:00 pagi hingga 2:00 petang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silatul rahim sesama masyarakat setempat disamping memberi kesedaran berkenaan aspek penjagaan kesihatan dan khidmat nasihat kepada peserta berkenaan dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser payu dara dan kanser pangkal rahim. Selain daripada pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan juga diadakan. Program kesihatan bertemakan 'Motivasi Kekeluargaan Dalam Menjana Kesihatan' ini telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tuan Ir. Kamaruzzaman Johari.

No comments: