Friday, November 28, 2008

Pejabat Pentadbiran UMNO Bahagian Kota Raja















Pejabat Pentadbiran UMNO Bahagian Kota Raja telah pun menjalani kerja kerja pengubahsuaian di tingkat 1 & 2 dan telah pun siap sepenuhnya. Pengubahsuaian ini telah melibatkan menurunkan kakitangan pentadbiran dari tingkat 2 ke tingkat 1, yang juga menempatkan bilik Ketua Bahagian dan bilik mesyuarat. Kakitangan yang terlibat adalah Mohd Ali b. Latif (Setiausaha Kerja), Hisshamuddin b. Kassim (PPP), Shahdan b. Haron (Pembantu Am) dan Nurul Azmiera bt. Zainal (Kerani).
Tingkat 2 pula menempatkan bilik Timbalan Ketua, bilik Naib Ketua Bahagian, bilik Pergerakan Wanita, bilik Pergerakan Pemuda, bilik Pergerakan Puteri, Surau & bilik Stor dan pejabat TEKUN Nasional Parlimen Kota Raja.
Selain itu, pengubahsuaian ini juga telah menambah baik sistem keselamatan pejabat dengan pemasangan sistem CCTV dan kekunci keselamatan pin pad di pintu masuk pejabat. No. keselamatan pin pad ini bolehlah didapati dari pejabat UMNO Bahagian.
Alamat penuh dan no. telefon pejabat adalah seperti berikut:
UMNO Bahagian Kota Raja
No. 8, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q
Kota Kemuning, Seksyen 31
40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-51226060, Fax: 03-51246060

1 comment:

Shahrin said...

Assalamualaikum mohon update alamat yang baru.. Ketinggalan zaman alamat yang tertera