Showing posts with label Pelan Tindakan. Show all posts
Showing posts with label Pelan Tindakan. Show all posts

Sunday, February 1, 2009

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan 2009 Dan Penyerahan Peruntukan UMNO Bahagian Kota Raja Pada 30/1/2009


Alhamdulillah, Pelan Tindakan 2009 (Manual Pentadbiran Dan Kalender Aktiviti) UMNO Bahagian Kota Raja telah selamat dilancarkan dengan resminya oleh YB Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 30 Januari 2009 di Kelab Golf Kota Permai, Shah Alam. UMNO Bahagian Kota Raja mempunyai 79 cawangan dengan kekuatan ahli seramai 18,674 orang. Ditadbir melalui 14 Zon dan mempunyai 8 Biro.

Dalam ucapannya, Tan Sri Muhammad berkata, "UMNO Bahagian Kota Raja akan berada dalam keadaan yang baik kerana diterajui oleh pemimpin yang mempunyai ilmu dan strategi kepimpinan. Saya yakin Tuan Ir. (Ketua Bahagian) akan dapat menyatukan jentera parti secara efektif dan efisyen mengikut pelan bertindak yg disediakan sehinggalah ke PRU 13 yang akan datang". Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja dengan misi "membina kerjasama dan kekuatan baru dalam perjuangan" mempunyai lima (5) target utama iaitu, (1) Menubuhkan pusat perkhidmatan dan pusat aduan, (2) Memperkasakan hubungan ahli akar umbi dengan kepimpinan melalui aktiviti turun padang, (3) memperkemaskan organisasi parti dengan mengemaskinikan pentadbiran cawangan2, (4) Mengerakkan usaha pengkaderan dengan menubuhkan pasukan "Smart Squad" dan (5) Menubuhkan Kelab Veteran UMNO. Semua program dan aktiviti akan digerakkan mengikut Kalender Aktiviti yang disediakan.

Pada malam itu, Ketua Cawangan menerima peruntukan RM500, Pengerusi Biro RM3,000 dan Ketua Pergerakan RM5,000 untuk mengadakan aktiviti. Tabung NSTP untuk Gaza juga menerima RM12,320. Sumbangan RM10,000 diterima daripada UMNO Bahagian Kota Raja melalui Ketua Zon 9 (Moheyer Matsum) dan RM2,320 hasil kutipan Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja. Seramai 77 daripada 79 ketua cawangan dan timbalan ketua cawangan hadir.

Thursday, January 1, 2009

Bengkel Pelan Tindakan UMNO Bahagian Kota Raja 2009 Pada 31/12/2008

















Bengkel Pelan Tindakan UMNO Bahagian Kota Raja untuk tahun 2009 telah diadakan pada 31/12/2008 di Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan kecuali Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan yang masih bercuti.

Pelan Tindakan ini mengariskan misi merencanakan perancangan yang teliti kearah membina kekuatan dan kerjasama baru dalam perjuangan UMNO Bahagian Kota Raja. Ianya terdiri daripada 2 bahagian, iaitu "Standard Operating Procedure (SOP)" mengenai pentadbiran bahagian dan kalender aktiviti 2009. Ianya juga mengariskan bidang tugas biro dan pentadbiran zon.

Pelan Tindakan ini telah dibincangkan dan dipersetujui untuk diguna pakai sebagai asas dan panduan gerak kerja bahagian dan cawangan. Ianya akan diedarkan kepada cawangan cawangan di majlis perjumpaan dan makan malam bersama ketua cawangan pada 30/1/2009 nanti.