Sunday, February 1, 2009

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan 2009 Dan Penyerahan Peruntukan UMNO Bahagian Kota Raja Pada 30/1/2009


Alhamdulillah, Pelan Tindakan 2009 (Manual Pentadbiran Dan Kalender Aktiviti) UMNO Bahagian Kota Raja telah selamat dilancarkan dengan resminya oleh YB Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 30 Januari 2009 di Kelab Golf Kota Permai, Shah Alam. UMNO Bahagian Kota Raja mempunyai 79 cawangan dengan kekuatan ahli seramai 18,674 orang. Ditadbir melalui 14 Zon dan mempunyai 8 Biro.

Dalam ucapannya, Tan Sri Muhammad berkata, "UMNO Bahagian Kota Raja akan berada dalam keadaan yang baik kerana diterajui oleh pemimpin yang mempunyai ilmu dan strategi kepimpinan. Saya yakin Tuan Ir. (Ketua Bahagian) akan dapat menyatukan jentera parti secara efektif dan efisyen mengikut pelan bertindak yg disediakan sehinggalah ke PRU 13 yang akan datang". Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja dengan misi "membina kerjasama dan kekuatan baru dalam perjuangan" mempunyai lima (5) target utama iaitu, (1) Menubuhkan pusat perkhidmatan dan pusat aduan, (2) Memperkasakan hubungan ahli akar umbi dengan kepimpinan melalui aktiviti turun padang, (3) memperkemaskan organisasi parti dengan mengemaskinikan pentadbiran cawangan2, (4) Mengerakkan usaha pengkaderan dengan menubuhkan pasukan "Smart Squad" dan (5) Menubuhkan Kelab Veteran UMNO. Semua program dan aktiviti akan digerakkan mengikut Kalender Aktiviti yang disediakan.

Pada malam itu, Ketua Cawangan menerima peruntukan RM500, Pengerusi Biro RM3,000 dan Ketua Pergerakan RM5,000 untuk mengadakan aktiviti. Tabung NSTP untuk Gaza juga menerima RM12,320. Sumbangan RM10,000 diterima daripada UMNO Bahagian Kota Raja melalui Ketua Zon 9 (Moheyer Matsum) dan RM2,320 hasil kutipan Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja. Seramai 77 daripada 79 ketua cawangan dan timbalan ketua cawangan hadir.

4 comments:

RUZAIDI ABDUL RAHMAN said...

Assalamualaikum wr.wbt.

Terdahulu saya memohon maaf jika email ini mengganggu Tuan. Didoakan semoga Tuan berada didalam keredhaan Allah SWT.

Tujuan saya menghantar email ini adalah sebagai langkah pemula bagi mencadangkan untuk mengadakan seminar beladiri kepada Pemuda di Bahagian tuan. Manakala Seminar Beladiri Wanita pula bagus untuk persediaan terutama bagi puteri dan wanita didalam urusan mereka menggerakkan jentera dan aktiviti harian. Maklumlah..seperti yang tuan maklum, berlakunya gangguan seksual kepada mereka ini pada pilihanraya yang lalu.

Manakala Seminar Beladiri Umum pula untuk kaum lelaki dikalangan Pemuda dan Putera di samping ahli UMNO yang lain. Mereka aka diterapkan dengan semangan Kuasa Minda agar mereka kembali mantap dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu.

Seminar disampaikan sendiri Master Ruzaidi Hj Abdul Rahman, bekas pesilat negara, bekas Juara Silat Dunia, pakar motivasi dan aktor.

Jadi diharap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan tuan.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
 
Ikhlas dari
 
Mohd Faizal Bin Awaludin
Pengarah Operasi
Ruzaidi Martial Arts Academy
(RUZMAA)
Blog : ruzaidiabdulrahman.blogspot.com
email :ruzaidiabdulrahman@yahoo.com
Tel : 013-2661643

Anonymous said...

BOS BILA NAK UPDATE NI????
PENAT SAYA TUNGGU
APA PUN SAYA FAHAM BOS PENAT BARU BALIK LUAR NEGARA
BANYAK KAN REHAT K
JANGAN LUPA LAYARI
BLOG SAYA KERISPUTERA.BLOGSPOT.COM

Suria Klang said...
This comment has been removed by the author.
matbond said...

langkah yang baik dan usaha yang berterusan. Teruskan perjuangan. Satu permulaan yang baik dan harus dipuji.