Friday, February 13, 2009

Penyerahan Cek Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Parlimen Kota Raja pada 10/2/09

Seramai sembilan orang lagi peminjam TEKUN Parlimen Kota Raja telah diluluskan permohonan pinjaman dan menerima cek masing masing pada 10 Februari 2009 di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari. Mereka yang berjaya ialah Zarina bt. Ramli (Kedai Makan), Norini bt. S.Ali (Katerer Makanan), Che Noor Rozila Hanum (Pemborong Kraftangan), Azizul Ikram b. Mohamad Jamaludin (Kedai Peralatan Elektrik), Mohamad b. Daud (Kedai Bundle), Mazuin bt. Mohamed Sharif (Pengusaha Kantin Sekolah), Mohd Redzuan b. Zahari (Gerai Makan), Mohd Rizuan b. Karso (Perkhimatan Sewa Canopy) dan Baenah bt. Suwahir (Perkhidmatan Andaman).

Dalam ucapannya, Ir. Kamaruzzaman Johari berharap pinjaman yang diluluskan itu dapat sepenuhnya digunakan untuk dana memulakan atau memperbesarkan perniagaan. Beliau percaya dengan kesungguhan dan kejujuran mereka ini akan menjadi usahawan yang berjaya.

Beliau juga mengingatkan agar pinjaman itu dapat dibayar mengikut jadual yang ditetapkan supaya hak orang lain dapat meminjam pinjaman yang sama.

Setakat 31 Disember 2008, kawasan Parlimen Kota Raja telah meluluskan pinjaman kepada 315 orang dengan dana pinjaman sebanyak RM5,241,538.00. Bulan Januari 2009 seramai 24 orang dengan pinjaman sebanyak RM548,000.00, bulan Februari 2009 setakat 10hb seramai 9 orang dengan pinjaman sebanyak RM180,000.00. Ini menjadikan keseluruhan peminjam TEKUN kawasan Parlimen Kota Raja setakat 10 Februari 2009 seramai 348 orang dengan jumlah pinjaman sebanyak RM5,969,538.00.


No comments: