Friday, February 13, 2009

Program Turun Padang Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja Ke Zon 2 Pada 11/2/09





















Alhamdulillah selepas saya menerajui UMNO Bahagian Kota Raja sebagai Ketua Bahagian sejak 2 November 2008, saya telah dapat mencetuskan cita cita, harapan dan panduan menerusi Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja yang telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor pada 31 Januari 2009 yang lalu, saya menggariskan lima perkara penting untuk dicapai pada tahun 2009 ini: Menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat & Kaunter Aduan, Mengeratkan Silaturahim Diantara Pemimpin Dan ahli Parti, Menubuhkan Kelab Veteran UMNO Kota Raja, Menubuhkan Pasukan Smart Squad dan Menambah Baikkan Pentadbiran Bahagian Dan Cawangan.

Pada malam ini Rabu (11/2/2009) bertempat di Dewan Masyarakat Jalan Langat,, Taman Sri Andalas, Program Turun Padang Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja ke Zon 2 kali pertamanya telah berjaya diadakan. Ini selaras dengan janji dan visi saya untuk beramah mesra dan turun padang berjumpa jentera parti diakar umbi.

Zon 2 terdiri daripada empat cawangan iaitu UMNO Cawangan Sri Sedeli (Jalaluddin Sahari), UMNO Cawangan Jalan Langat (Hj. Wahab Ali), UMNO Cawangan Bukit Sri Siantan (Mohd Abdul Raof Mokhtar) dan UMNO Cawangan Sri Damak (Jaafar Sabudin). Pengerusi Zon 2 ialah Jalaluddin Sahari. Lebih kurang 250 orang hadir pada malam itu.

Dalam ucapan saya, soal kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan ditekankan. Selain daripada itu saya juga melihat bahawa konsep "Parti membantu ahli ahli" adalah konsep yang saya perjuangankan iaitu mendedahkan peluang2 Jabatan2 Persekutuan seperti program pinjaman TEKUN kepada usahawan, program bantuan bulanan RM150-RM300 kepada rakyat miskin & kurang upaya, program membina rumah PPRT secara percuma kepada rakyat miskin dan tidak mempunyai rumah, program membaik pulih rumah orang miskin secara percuma, program peluang kedua kursus2 kemahiran giatmara, program peruntukan kepada persatuan belia dll selain konsep "back to basic" dalam menzahirkan budaya bekerja untuk rakyat tanpa mengira bangsa.

Didalam program ini juga, diadakan acara pencerahan Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja kepada semua peringkat kepimpinan cawangan, wanita, pemuda dan puteri. Saya juga turun menghangatkan majlis tersebut dengan menjanjikan uniform percuma kepada Pergerakan Wanita Zon 2. Ini sebagai balasan kepada niat saya mahu menyumbang kepada wanita di zon yang pertama sekali dapat menjalankan program Turun Padang ini.

Turut hadir pada program ini ialah Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Naib Ketua Wanita, Hjh. Siti Hasdiah Kamso, Naib Ketua Pemuda, Hafiz Saribin dan Ketua Puteri, Suhaila M.Zin.

No comments: