Sunday, February 22, 2009

Program Turun Padang Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja Ke Zon 9 Pada 13/2/2009





















Program Turun Padang Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja diteruskan dan pada hari ini Jumaat 13 Februari 2009 di Zon 9 bertempat di Lot 4771, Lorong Ehsan, Jalan Kebun (di perkarangan kawasan lapang rumah Hj. Zainal Jowo). Seramai 200 orang hadir.

Zon 9 terdiri daripada 7 Cawangan iaitu UMNO Cawangan Jalan Kebun (Moheyer Matsum), UMNO Cawangan Sri Bakti (Hj. Kamal Ariffin Kainin), UMNO Cawangan Kampung Baru Jalan Kebun (Samat Basiran), UMNO Cawangan Jalan Kebun Barat (Manan Kasmuri), UMNO Cawangan Jalan Kebun Tengah (Selamat Ramdzan), UMNO Cawangan Jalan Kebun Timur (MIsnan Ahmad) dan UMNO Cawangan Sri Sepakat (Abdul Manap Chut). Pengerusi Zon 9 ialah Moheyer Matsum.

Didalam ucapan Ketua Bahagian, Ir. Kamaruzzaman Johari menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Perak berjaya ditubuhkan diatas dasar bahawa didalam Dewan Undangan Negeri, BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah ADUN yang sama iaitu 28 dan 3 ADUN iaitu YB Jamaluddin Mohd Radzi (PKR - Behrang), YB Mohd Osman Mohd Jailu (PKR - Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (DAP - Jelapang) telah mengistiharkan keluar parti masing masing dan menyokong karajaan BN.

Sebelum itu tegasnya, setelah menemui sendiri kesemua 31 Ahli2 Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan Ahli2 Dewan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara dibawah XVIII (2) (b) Undang2 Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridwan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

Sementara itu, Ir. Kamaruzzaman Johari memberitahu tentang kebiadaban YB Karpal Singh yang telah menghina kedaulatan Sultan Perak kerana berniat untuk mengambil tindakan undang2 terhadap Sultan Perak yang kononnya perlantikan Menteri Besar BN yang baru adalah diluar bidang kuasa Baginda. Ir. Kamaruzzaman Johari yang mewakili seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja menyatakan pendirian taat setia kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang mempunyai kuasa mutlak sebagai payung agama Islam dan kestabilan politik. Sehubungan dari itu, YB Karpal Singh perlu memohon maaf kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak terhadap ketelanjurannya itu.

Sebagai tanda protes, acara membaling kasut kepada YB Karpal Singh telah dilakukan didalam majlis tersebut. Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Pergerakan Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Pergerakan Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Pergerakan Puteri, Suhaila M.Zin.

1 comment:

Anonymous said...

salam hormat bos

harap dapat turun di taman maznah pada 4 mac ini
kehadiran anda dialu alukan