Wednesday, December 3, 2008

Majlis Kesyukuran Dan Jasamu Di Kenang UMNO Bahagian Kota Raja pada 28/11/2008














Majlis Kesyukuran Dan Jasamu Di Kenang UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan diperkarangan rumah Tn. Hj. Kamal Ariffin Kainin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja pada 28/11/2008 yg lalu. Majlis ini yang bertujuan menghimpunkan kepimpinan lama dan baru UMNO Bahagian Kota Raja untuk menandakan kesyukuran ke atas keselamatan dan kelancaran perjalanan persidangan cawangan2 dan persidangan perwakilan bahagian yang baru lalu. Majlis ini juga diadakan bagi merakamkan penghargaan dan meraikan mantan AJK bahagian dan mantan ketua2 cawangan terutamanya kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Dato' Amzah Umar yang telah banyak memberi jasa dan bakti kepada parti dan masyarakat.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari dalam ucapannya berkata, "UMNO akan terus menjadi tunjang kepada kemajuan, pembangunan dan kejayaan bangsa Melayu di Malaysia. Walaupun parti ini memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Melayu, namun pada masa yang sama turut menjaga kesejahteraan kaum lain". Beliau menambah, UMNO Kota Raja akan mengubahsuai dan memperbaharui strategi, pendekatan dan program2 kerja terutamanya dalam aktiviti kemasyarakatan bagi mengambil balik kepercayaan rakyat.
Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai dan Ketua Puteri, Suhaila Dato' M.Zin.
Sebanyak 24 orang mantan AJK bahagian dan ketua2 cawangan telah hadir dan diberikan sijil penghargaan dan cenderahati. Mereka adalah, Dato' Amzah Umar (Ketua Bahagian), Dato' Mohd Karim Abdullah Omar (Bendahari Bahagian/Ketua Cawangan Sri Bakti), Che Mat Ibrahim (AJK), Mohamed Rashidi Ali (AJK/Ketua Cawangan Jalan Kebun Barat), Abdul Wahab Kasmuri (AJK/Ketua Cawangan Kota Kemuning), Misnan Ahmad (AJK), Jamsari Khamin (AJK/Ketua Cawangan Bukit Naga Barat), Khalid Omar (AJK), Zainal Hasaudin (AJK Bahagian), Hamidah Mustafa (AJK), F. Rohman Angilan (Ketua Cawangan Sri Gambut), Mohd Rizuwan Karso (Ketua Cawangan Bukit Sri Siantan), Mohd Shariffin Dalijo (Ketua UMNO Taman Megah), Mohd Hairi Pangat (Ketua Cawangan Jalan Kebun Tengah), Abdul Jabar Abd Majid (Ketua Cawangan Pandan Perdana), Mohd M.Maiden (Ketua Cawangan Kpg. Baru Jalan Kebun), Ahmad Zulkifli Tajul Urus (Ketua Cawangan Lanchong Jaya), Mohd Puad Suki (Ketua Cawangan Sri Kilat), Mohd Zulkifli Mohd Ali (Ketua Cawangan Batu Unjur), Hanif Mohd Yusof (Ketua Cawangan Kemuning Greenville), Burhanuddin Muhammad (Ketua Cawangan Putra Height) dan Samat Basiran (AJK).

No comments: