Tuesday, December 23, 2008

Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian mengejut Dato' Razali Ismail (Timbalan Menteri Pelajaran) pada 28hb November 2008 yang lalu. Pertandingan kali ini adalah sangat penting kepada Barisan Nasional (BN) kerana bukan sekadar mempertahankan kerusi Parlimen ini tetapi lebih daripada itu moral dan survival. Keputusan pilihanraya kecil ini akan berupaya mengukur sejauh mana rakyat khususnya di Kuala Terengganu menilai tradisi "Perjuangan Membela Rakyat" BN dan penerimaan terhadap parti UMNO.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah melantik YB Tuan Johan Bin Abd Aziz sebagai Ketua Penyelaras dan YB Tuan Abd Shukor Bin Idrus sebagai Timbalan Ketua. Senarai petugas tetap Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor adalah seperti berikut:

1) Bahagian Hulu Langat - Mengadang Akar
2) Bahagian Selayang - Bukit Kecil
3) Bahagian Kuala Langat - Gong Kapas
4) Bahagian Pandan - Panji Alam
5) Bahagian Subang - Jalan Kamaruddin
6) Bahagian Gombak - Berek Kerajaan

UMNO Bahagian Kota Raja akan menghantar rombongan membantu jentera UMNO Selangor pada hari penamaan pada 6hb Januari 2009 dan hari mengundi pada 17hb Januari 2009. Walaubagaimana pun, ahli ahli UMNO Bahagian Kota Raja yang ingin membantu bolehlah terus ketempat tempat yang disebutkan diatas. Hidup BN!

No comments: