Tuesday, December 9, 2008

Majlis Penyerahan Lembu Qurban Kepada JKKKP dan Masjid2 di Parlimen Kota Raja pada 5/12/2008



























Majlis Penyerahan Lembu Qurban kepada JKKKP dan masjid2 Parlimen Kota Raja sempena Hari Raya Aidil Adha 1429H telah diadakan pada 5hb Disember 2008 di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja. Majlis yang disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari telah memberikan 11 ekor lembu kepada 11 buah masjid melalui JKKP.

Masjid yang terlibat ialah Masjid Kg. Bukit Lanchong, Masjid Proton, Masjid Taman Sri Muda, Masjid Bukit Naga, Masjid Jalan Kebun, Masjid Johan Setia, Masjid Telok Menegun, Masjid Dato' Dagang, Masjid Sungai Kandis, Surau Taman Sentosa dan Masjid Kg. Baru Hicom.

Dalam ucapan alu aluan, Ir. Kamaruzzaman Johari memberitahu bahawa program lembu qurban yang dianjurkan oleh Biro Amal, Kabajikan & Sukan, UMNO Bahagian Kota Raja ini ialah sebagai meneruskan amalan konsep penyembelihan dan pengagihan daging kepada umat Islam semata mata ikhlas kerana Allah dan mengikut sunat Rasulallah SAW.
UMNO Bahagian Kota Raja pada tahun 2008 ini telah memperuntukan sejumlah 14 ekor lembu untuk dibahag bahagikan kepada 11 buah masjid di Parlimen Kota Raja sempena Hari Raya Aidil Adha. Peruntukan tersebut telah memberi peluang kepada UMNO bahagian menamakan ketua2 UMNO cawangan disetiap DUN bagi sama sama menjalankan ibadah qurban.

Hadir sama Naib Ketua UMNO, Abdul Raof Mokhtar, Ketua Pergerakan Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Pergerakan Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Pengerusi Biro Amal, Kebajikan & Sukan, Hj. Masror Ehsan, Pengerusi JKKKP Kg. Baru Hicom, Ahmad Khusairi Salimin, Pengerusi JKKKP Kg. Bukit Naga, Hj. Abdullah Ansun, Pengerusi JKKKP Kg. Jalan Kebun, Mohd Rashidi Ali, Pengerusi JKKKP Kg. Johan Setia, Hj. Mat Ripen dan Pengerusi JKKKP Kg. Jawa, Mohd Harris Abdullah.

No comments: