Monday, December 1, 2008

Penyerahan Cek Pinjaman TEKUN Cawangan Parlimen Kota Raja Bulan November pada 28/11/2008



























Satu majlis penyerahan cek skim pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kawasan Parlimen Kota Raja kepada seramai tujuh (7) peminjam telah diadakan pada 28/11/2008 di bilik mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja, Kota Kemuning, Shah Alam. Penyerahan cek ini telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari.

Pemohon yang berjaya ialah Pn. Siti Aisyah bt. Othman (Kedai Makan), Pn. Nur Zarizah bt. Abdullah (Taska Alam Megah), Mohd Helmi b. Ismail (Kedai Buku), Norizam bt. Chir (Butik Andaman Pengantin), Mohd Nordin b. Sarif (Gerai Buah), Mohd Yusof b. Ijab (Pasar Malam) dan Haslam b. Md. Hamid (Workshop Tayar Lori). Jumlah pinjaman mereka berbeza dari RM15,000.00 hingga RM50,000.00 mengikut kelas perniagaan.

Dalam ucapan alu aluannya, Ir. Kamaruzzaman Johari memberitahu tentang keperihatinan kerajaan pusat dalam menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada usahawan bumiputra untuk memula dan memajukan perniagaan mereka. Dengan misi untuk melahirkan usahawan cemerlang, peminjam2 TEKUN yang berjaya diingatkan supaya menggunakan kemudahan pinjaman itu untuk tujuan memajukan perniagaan bukan untuk tujuan lain. Mereka juga diingatkan supaya dapat membayar balik pinjaman mereka dalam masa yang ditetapkan supaya dana yang ada dapat digunakan untuk kegunaan peminjam2 lain yang memerlukan.

TEKUN cawangan Parlimen Kota Raja yang di ketuai oleh Pn. Noraini Amal bt. Md Din sebagai Pengurus Cawangan telah berjaya memberi pinjaman kepada lebih 400 orang peminjam bumiputra. Pejabat TEKUN Nasional cawangan Parlimen ini selain menyediakan kemudahan pinjaman modal, juga memberi khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan.

No comments: