Thursday, December 25, 2008

Program Ceramah "Peranan Ahli UMNO - Pemantapan Akar, Perkasakan Umbi" pada 22/12/2008








Program ceramah "Peranan Ahli UMNO - Pemantapan Akar, Perkasakan Umbi" oleh Dato' Nasir Safar (Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) anjuran Zon 9, JASA dan UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan pada 22hb Disember 2008 di Kem Bumi Jati, Kampung Jalan Kebun.

Ceramah yang pertama kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengisi kefahaman orang ramai terhadap perjuangan UMNO dan situasi politik semasa. Seramai 600 orang ahli telah hadir. Orang ramai yang hadir berpuas hati dan faham terhadap perlunya UMNO dipertahankan setelah banyak jasa dalam membangunkan negara dan meletakkan orang melayu berjaya. Dalam ucapannya, Dato' Nasir Safar juga turut mengariskan hala tuju dan halangan halangan parti UMNO dimasa akan datang.


Turut hadir Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Wanita, Nahar Ahmad, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin, Naib Ketua Pemuda, Mohd Hafiz Saribin, Setiausaha Bahagian, Che Azman Ismail, Ketua Penerangan Bahagian, Raduwan Idar, Ketua Zon 9, Moheyer Matsom, Mantan Ketua Bahagian, Dato' Amzah Umar dan Pegawai JASA Selangor.

No comments: