Tuesday, December 23, 2008

Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah Anjuran Pemuda MIC Bahagian Kota Raja pada 17/12/2008






Saya telah dijemput untuk menghadiri "Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah" anjuran Pemuda MIC Bahagian Kota Raja pada 17hb Disember 2008 di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, Klang. Majlis bagi menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada 500 orang murid di sekitar Parlimen Kota Raja telah diserikan dengan kehadiran Presiden Malaysian Indian Congress, Datuk Seri Dr. Samy Vellu.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua MIC Bahagian Kota Raja, Kamala Ghanapathy, Timbalan Ketua MIC Kota Raja, R.S Maniam, dan Ketua Pemuda MIC Kota Raja, M. Shanker Raj Ayanger.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda MIC Kota Raja, M. Shanker Raj Ayanger kerana telah berjaya mengadakan majlis penyampaian pakaian seragam sekolah ini dengan jayanya. Pemuda MIC Kota Raja dilihat mempelopori budaya membantu rakyat miskin yang memerlukan pembelaan dan bantuan pada setiap masa.

No comments: