Wednesday, December 10, 2008

Program Qurban UMNO Bahagian Kota Raja pada 8/12/2008


















Program Qurban UMNO Bahagian Kota Raja anjuran Biro Amal, Kebajikan & Sukan telah julung2 kali diadakan pada tahun 2008 ini. Program yang telah diadakan dirumah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja pada 4hb Disember 2008 ini adalah bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha. Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah diqurbankan pada program ini. Selain dapat menunaikan tuntuan penyembelihan binatang qurban dan pengagihan daging qurban, ianya juga telah dapat memupuk semangat silatulrahim dan tolong menolong diantara satu sama lain dalam menjayakan satu2 program.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari melahirkan rasa bangga dan terharunya diatas kemeriahan dan sambutan luar dugaan dengan kehadiran ramai ahli dari seluruh pelusok kampong, desa dan pinggir bandar. Diantara matlamat program ini adalah memberi fokus kepada mewujudkan sebuah komuniti UMNO yang sihat, bantu membantu serta menanamkan semangat baru dalam perjuangan UMNO. Beliau menegaskan bahawa program qurban ini akan diadakan pada setiap tahun dengan menambah bilangan binatang qurban dan tempat penyembelihan qurban diubah mengikut kawasan.
UMNO Bahagian Kota Raja pada tahun 2008 ini telah memperuntukan sejumlah 14 ekor lembu yang di bahagikan kepada 11 buah masjid diParlimen Kota Raja sempena Hari Raya Aidil Adha. Peruntukan tersebut telah memberi peluang kepada UMNO bahagian menamakan ketua2 UMNO cawangan disetiap DUN bagi sama sama menjalankan ibadah qurban.
Beliau juga berterima kasih kepada Pengurusan UMNO Bahagian, Pengerusi dan AJK Biro Amal, Kebajikan & Sukan dan semua yang hadir yang bertungkus lumus menjayakan program qurban pada hari itu. Seramai lebih 300 orang ahli telah hadir dan menerima 1 bungkusan daging qurban setiap seorang. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua, Abdul Raof Mokhtar, Naib Ketua Wanita, Hjh. Siti Hasdiah Kamso, Ketua Pemuda, Nur Azman Anuarul Perai, Ketua Puteri, Suhaila M.Zin.

No comments: