Wednesday, December 24, 2008

Majlis Penyerahan Cek TEKUN Kawasan Kota Raja Kali ke 2 Bulan Disember 2008 pada 23/12/2008







Majlis penyerahan cek skim pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kawasan Parlimen Kota Raja kali ke 2 bulan Disember 2008 telah diadakan pada 23hb Disember 2008 di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Hj. Kamaruzzaman Johari.

Seramai tiga (3) orang usahawan Bumiputra telah berjaya mendapat pinjaman kali ini menjadikan jumlah seramai lapan (8) orang yang berjaya pada bulan Disember 2008 ini. Mereka adalah En. Kama Azudin Bin Kasim (Seksyen 28 - Perniagaan Dobi), En. Mohd Alias Bin Abd Majid (Seksyen 27 - Perniagaan Pengangkutan Bas) dan Pn. Fathiah Binti Puteh (Sri Sedeli - Gerai Makan). Semuga mereka berjaya mengembangkan perniagaan masing masing.

No comments: